
Sila
rujuk kalendar program >>
Pokok
yang sihat berpunca daripada akar yang kuat dan mendapat sinaran
mentari serta curahan air hujan yang secukupnya. Akar yang kuat
dapat menyokong pokok agar tidak mudah tumbang di tiup angin
kencang.
Inilah
analogi untuk sesebuah organisasi. Apabila individu di peringkat
akar umbi berilmu , ber-etika, bertoleransi, berakhlak yang
tinggi, dan mempunyai budaya kerja yang cemerlang, hasilnya
pastilah suatu organisasi yang kukuh dan berjaya, yang tidak
mampu di goyah oleh apa jua perubahan dalam persaingan global
hari ini.
Anda
mahukan individu yang;
- Cemerlang
– di peringkat personal?
-
Gemilang – di peringkat jabatan?
-
Terbilang – di peringkat nasional?
Boleh,
jika anda mula melakukan transformasi ke atas cara setiap individu
mengendalikan kehidupan mereka. Budaya program 7 Tabiat Orang
Yang Amat Berkesan® ini mampu membantu anda mencapai ketiga-tiga
objektif di atas.
MENGENAI
PROGRAM:
Program 7 Tabiat memberi tumpuan kepada prinsip yang memandu
kehidupan seharian kita – baik dari segi personal, interpersonal
mahupun pengurusan dan organisasi. Prinsip ini boleh diaplikasikan
pada bila-bila masa dan tidak terbatas dari segi geografi, sosio
ekonomi mahupun jenis industri.
Di peringkat personal, bengkel ini menanamkan nilai-nilai kejujuran
dan kemuliaan. Ini akan memberi ruang ke arah saling mempercayai
sesama individu dan semangat kerjasama akan menular dangan cara
spontan. Ini dapat mengeratkan silaturrahim di antara warga
keluarga dan organisasi. Semangat saling mempercayai ini memudahkan
inisiatif seperti pemberian mandat / perwakilan kuasa (empowerment)
untuk dipratikkan di peringkat pengurusan. Organisasi perlu
berganding bahu melahirkan individu yang berwawasan , berani
serta bersemangat untuk menangani masaalah.
Dr
Stephen Covey pernah mengatakan untuk mencapai hasil yang berlipat
ganda, kita harus mengubah cara pemikiran kita pada dasarnya
tentang sumber manusia. Mereka adalah asset yang paling bernilai
bagi sesebuah organisasi. Program 7 Tabiat ini merupakan satu-satunya
program yang menegakkan ciri-ciri yang dapat meningkatkan keberkesanan
inidividu serta juga organisasi. Ia berlandaskan prinsip semulajadi
dan boleh dipraktikkan oleh semua golongan.
Program
7 Tabiat bukanlah sekadar satu “acara” (event) yang memberi
motivasi, menghibur dan kemudian dilupai dalam masa yang singkat.
Program ini merupakan suatu proses yang memberi inspirasi yang
dapat membawa perubahan positif untuk SEUMUR HIDUP
Program
7 Tabiat ini akan menjadi pemangkin kepada inisiatif-inisiatif
lain untuk mempertingkatkan lagi keberkesanannya.
Tabiat
1 – 3 akan membantu peserta menanjak dari tahap pergantungan
ke tahap kebebasan. Ia dapat membina akhlak dan peribadi yang
lebih baik dan kuat ke arah Kemenangan Peribadi. Ini bagaikan
akar pokok yang akan menyokong pokok agar tidak tumbang apabila
di tiup angin kencang.
Tabiat
4 – 6 akan membantu peserta menganjak paradigma dari tahap kebebasan
ke tahap saling pergantungan bagi mencapai Kemenangan Umum.
Ini membolehkan peserta mendapat faedah bersama dalam perhubungan
dengan orang lain.
Tabiat
7 bagaikan hujan dan matahari yang memberi tenaga kepada pokok
untuk terus hidup dengan subur.
MANFAAT
PROGRAM:
• Mengimbangkan semua aspek kehidupan anda (karier dan keluarga)
• Menggantikan perasaan kelesuan minda (burnt-out) dengan tahap
kepuasan pencapaian yang tinggi
• Meningkatkan kepercayaan (diri)
• Meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja anda
• Menguruskan masa dengan lebih berkesan
• Menjadikan anda seorang yang lebih berpengaruh apabila anda
mengetahui erti/makna diri anda yang sebenarnya.
• Mewujudkan satu budaya kerja kearah mencapai visi dan misi
• Mewujudkan etika kerja, minda dan sikap yang positif serta
keluhuran daya kepimpinan.
• Menjurus kepada CEMERLANG, GEMILANG
dan TERBILANG
Anda
akan dapati mereka yang telah menghadiri program ini lebih berkeyakinan
dan berketrampilan serta menyenangi persekitaran pekerjaan mereka
, peningkatan dalam produktiviti dan kualiti perkhidmatan. Sesungguhnya,
anda perlu menghadiri program ini untuk merasai keberkesanannya.
APLIKASI
BUDAYA 7 TABIAT DALAM BEBERAPA OBJEKTIF KMK.
Program
Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) di sektor awam diwujudkan
berlandaskan pengurusan yang bersifat kemanusiaan dan menggalakkan
penyertaan setiap individu didalam organisasi. Ini adalah satu
manifestasi tentang kepentingan sumber manusia bagi sesebuah
organisasi.
Melalui
program 7 Tabiat, anda akan dapati cara untuk memenuhi objektif
KMK dengan menggunakan salah satu atau gabungan beberapa daripada
7 Tabiat berkenaan. Contohnya
1.
Pembangunan Diri:.Tabiat 1, 2, 3
2. Peningkatan kualiti:- Tabiat 1, 2,3,5,6,7
3. Peningkatan dalam Perhubungan dan Sikap:- Tabiat 1, 4,5,6
4. Pengurusan pembaziran:- Tabiat 3, 4, 5,6
5. Kepuasan bekerja:- Tabiat, 1, 2, 3,6
6. Pengurangan Kos:- Tabiat 1,3, 4, 6
7. Peningkatan Produktiviti:- Tabiat 1, 2,3,5,6
8. Kesempatan Untuk Menyelesaikan Masalah:- Tabiat 1, 2,5,6
9. Pembinaan Pasukan:- Tabiat 1, 2, 3, 4,5,6
10. Hubungan pegawai dan pekerja lebih rapat:- Tabiat 1, 2,
4,5,6
11. Menarik minat lebih ramai lagi dalam melaksanakan kerja:-
Tabiat 1,2,4, 5, 6
12. Meningkatkan penyertaan pekerja:- Tabiat 1, 2, 3. 4,5,6,7
13. Mengurangkan ketidakpuasan hati:- Tabiat 1, 4,5,6
RANGKA
KURSUS 7 TABIAT
1) Jadi Proaktif
Focus kepada menerima tanggungjawab dan menganjak paradigma
2)
Mula dengan Mengingati Matlamat
Membawa kepada penyatuan kumpulan dan organisasi ke arah satu
visi
3)
Utamakan Perkara Penting Dahulu
Mengutamakan perkara penting dahulu
4)
Fikirkan Menang-Menang
Membantu dalam menambahkan keuntungan kedua-dua pihak dengan
pemikiran “Abundance Mentality”
5)
Usaha Memahami Dahulu kemudian untuk Difahami
Membantu dalam memahami masalah dan mengukuhkan komunikasi ke
arah penyelesaian masalah
6)
Bersinergi
Menghasilkan pilihan yang lebih berkesan
7)
Menajamkan Gergaji
Membantu supaya sentiasa mengekalkan keberkesanan
Jadi,
mulakanlah proses untuk memenuhi cabaran sebenar anda dengan
menghadiri program 7 TABIAT ORANG YANG AMAT BERKESAN®.
back
to top
|